Lama dah aku abaikan blog nih dek kerana kesibukan sebagai seorang mahasiswi. Ceh! Ayat nak gempak je. Haha.
Ok, pejam celik pejam celik, minggu ke-11 telah pun melabuhkan tirainya. Dah masuk minggu ke-12 aku di UiTM Puncak Alam.
Kejap je dah nak habis 1 sem untuk asasi. Almaklumlah, kami student asasi hanya belajar dalam tempoh 14 minggu untuk 1 semester.
So, lagi 5 minggu cuti sem!! Haha. Semangat nak cuti je lebih aku nih. Tak sedar yang lagi 2 minggu final exam. Hahaha. Cuak der. Tipu kalau aku cakap aku lek je. Aku nih tak de lah pandai mana untuk rilex-rilex je.
How's test 1? Huaaaaaaaaaaaaa.......... Sedih, kecewa, down, semua ada. Tapi aku bersyukur jugak lah dengan apa yang aku dah buat. Dah banyak tuh je usaha aku, memang banyak tuh je lah yang aku dapat.
Kenapa aku down? Sebab sepanjang tempoh 5 tahun jadi pelajar SBP aku tak pernah dapat markah seteruk itu. Kahkahkah. Terkejut weyh. Walaupun aku kat SMAP tak de lah bijak manakan. Haha. Result kali ni buat aku rasa macam tak belajar. Huhu.
Abaikanlah cerita result aku yang super horrible tuh. Haha. Yang pastinya aku nak cakap life sebagai pelajar asasi nih bukan lahh mudah macam apa yang orng sangkakan. Lebih kurang je life nya dengan student matriculation. Super duper terrible. Yelah, korang prepare untuk degree bukan diploma, itu yang susah.
Ditambah pulak susahnya bila kat uni dah tak ada cikgu yang boleh guide korang satu-satu macam zaman sekolah. Kat uni, pandai-pandai lahh korang nak survive. Serious talk aku pun mengeluh kot.
Sampai kadang-kadang rasa nak give up, tapi ni pun pilihan aku sendiri so aku try untuk teros bertahan sampai sekarang.
Bila down, aku fikir yang aku masih ada Allah untuk doa dan bergantung harap walaupun banyak kali jugak lah tewas dengan emosi sendiri,
Apa-apapun aku ingat pesan ibu ayah aku yang masih terlalu awal untuk aku berputus asa. Moga aku dan semua student asasi diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan kami kat PALAM nih. Amiinn.
Hmm, rasanya sampai sini jelah bebelan aku untuk hari nih. Next time kalau free aku update lagi. Haha. Ok, pen off.
No comments:
Post a Comment