Saturday, 6 June 2015

I'm now officially a palamians

Hye readers,

Alhamdulillah, semuanya dah settle. Tinggal kad matrik je yang masih belum selesai dan akan diselesaikan hari ni jugak. Kiranya aku dah jadi sebahagian daripada keluarga asasi puncak alam.

So far, aku okay je kat sini. Walaupun, waktu kaki nih melangkah ke bumi Puncak Alam masih dalam keadaan separuh hati je. Tapi aku sedar dalam keadaan aku yang separuh hati, beribu lagi orang kat luar sana yang nak kan tempat kat UITM Palam nih.

So kira nya kalau aku berterusan separuh hati, aku termasuklah dalam golongan yang tidak bersyukur dengan nikmat-Nya. Alhamdulillah, aku dah terima sepenuh hati bahawa Dia dah takdirkan aku kat Palam dengan 1001 hikmah.

Sunyi, awkward, rindu LB, rindu Bi'ah di SMAPK, sebak dan segala perasaan bercampur baur lagi setakat nih. Alam universiti terlalu banyak bezanya dengan kehidupan aku kat SMAPK dulu.

Sejujurnya aku still rase insecure walaupun dah seminggu kat bumi puncak alam. Kenapa insecure? Sebab bi'ah islamik tuh dah tak macam kat SMAPK.

Mesti korang nak cakap aq nih bajet baek kan? Hmm, bukan bajet baek lah. Sebab aq jahat lah aku rasa insecure. Dulu kalau aku nak buat jahat sikit masih ade yang sudi tegur. Masih ada yang sudi ajak aku untuk solat jemaah kat masjid, masih ada orang yang ajak aku untuk solat awal dan masih ada orang yang Allah hantar untuk ingatkan aku agar aku tak terus hanyut dalam jahiliah.

But now, semua tuh dah tak de. Stakat nih x de lagi lah. Walau macam mana pun, aku masih berharap doa aku dimakbulkan untuk dapat kawan yang mampu untuk tegur aku kalau aku terleka dari mengingati-Nya dan ada kawan yang boleh saling ingat mengingati macam kat SMAPK dulu.

Semua benda aku buat sekarang nih membawa ingatan aku ke bumi SMAPK. Even baca doa rabitah pun buat aku rindu SMAPK. Betul lah apa yang orang cakap, bila bnda tuh dekat dengan kita, kita tak pernah nak hargai tp bila benda tuh dah tak de baru kita akan sedar dan baru nak menghargainya. Dulu, tarbiah tuh dekat ja dengan aku. Tapi aku lansung tak menghargainya. Dan hari nih aku end up dengan pelbagai penyesalah.

Hmm, tapi apa-apa pun life must go on. Aku sedar yang aku kena hidup dalam dunia realiti tanpa dihimpit bayangan masa lalu. Doakan aku kat bumi puncak alam nih okay.

Moga keputusan yang cemerlang tuh milik seluruh keluarga asasi palam. Aamiinn. Moga aku juga terus kuat untuk hadapi semua ini. Sungguh kemana pun kita pergi, kita tak perlu risau sebab kita tak pegi sorang, kita bawa Allah bersama sama kita.

Pen off :)

No comments:

Post a Comment