Monday 16 April 2018

Post Endocrine Vacation : Jogjakarta, Indonesia

Assalamulaikum and Hye readers!!

Hari ini aku nak share tentang vacation aku dan kawan-kawan ke Jogjakarta, Indonesia. Again it was last minute planned vacation. Kita orang memang suka benda-benda last minute ni sebab bila plan awal-awal mesti tak jadi. Lol.
Cerita dia bermula macam ni, one week before final endocrine jadual exam di awalkan seminggu and kita orang ada baki seminggu sebelum masuk blok baru. So time to plan a vacation!!
'Asyik jalan je tak banyak duit habis ke?' Actually kalau tak jalan pun duit akan mengalir keluar macam air jugak sebab kitaorng akan spend untuk benda lain.
Mula-mula macam ragu-ragu jugak nak book tiket sebab banyak nak kena guna duit sem ni tapi bila dapat tahu yang hampir 1 batch pergi bercuti waktu cuti 5 hari tu kita orang nekad nak pergi bercuti jugak. So, aku and roommate aku nekad nak book tiket flight pergi Jogja, kalau 'the babies' yang lain tak nak pergi, kita orang nak pergi berdua. Lol.

Selepas bincang-bincang, yang confirm nak join trip kali ni kami berempat. Betul-betul seminggu sebelum pergi kita orang booking flight. Selepas buat perbandingan harga kami decide untuk ambik flight Makassar-Surabaya pada 5/4 pagi and ambik train ke Jogjakarta. Untuk flight balik kami ambik last flight dari Jogjakarta ke Makassar Sabtu malam (7/4). So dapatlah save budget sikit. Total flight tiket + train tiket 1.1 juta rp. Lepas tu, 3 days before fly kita orang baru sibuk-sibuk nak cari hotel and tempat-tempat nak pergi dekat Jogja nanti. Gamble terokss!

Alhamdulillah Allah mudahkan urusan, kami jumpa agent dekat google yang tawarkan package 1.6 juta per orang untuk ground arrangement tak termasuk makan. So basically kami pergi bukanlah backpackers pun. Kami memang literally holiday.

Flight kami dari Makassar pada pukul 9:30 pagi WITA and sampai di Surabaya pada pukul 10:30 WIB. (Untuk pengetahuan ialah WITA=waktu indonesia tengah sama dengan waktu M'sia dan WIB=waktu indonesia barat lambat 1 jam dari waktu M'sia.) Tapi malangnya flight kami delayed for almost 2 hours. Dah expect dah benda ni akan jadi tapi tak sangkalah delay sampai 2 jam. So kami sampai di Surabaya pada pukul 12:30 WIB and train kami pada pukul 1:20. Just imagine macam mana rushing nya kami waktu tu. Dari Surabaya airport ke Gubeng train station tu ambik masa dalam 40 minutes so sebenarnya memang kami dah lambatlah. Indonesia ni dimana mana je mesti jammed punyalah.

Again, Allah mudahkan urusan kami. Kami sampai dekat train station 6 minutes sebelum train jalan. Perjalanan ke Jogjakarta mengambil masa 6 jam. Aku suggest kalau korang memang nak sangat naik train better naik yang business class sebab yang ekonomi punya macam KTM 20 tahun yang lepas. Bukan selesa macam ETS ye kawan-kawan.

Sampai di Jogjakarta lebih kurang pada pukul 8 malam dan diambil oleh supir yang telah diuruskan oleh agen yang kami jumpa dekat google tu. Nama supir tu mas cholis.

Kemudian kami terus pergi makan sebab lapar 1 hari tak makan. Malam tu kami makan satay Klathak dekat tempat Rangga dan Cinta dalam AADC 2 makan. Nama tempat tu Satay klathak Pak Bari. Bagi aku penggemar kambing aku rasa sangat sedap. Satay klathak ni sebenarnya satay kambing yang dimasak mengguna besi sebagai pengganti lidi. Kalau penduduk kat situ selalunya makan dengan nasi putih dan sup daging. Ada jugak disediakan nasi goreng kambing. Ada juga menu lain tapi aku tak berapa ingat and semua berasaskan kambinglah. Satay klathak tu pada aku murah jugaklah 20k rp untuk 2 cocok and persekitaran tempat pada aku okay je, typical Indonesia. Ni ada gambar kedai tu aku ambik dari google.

Satay Klathak Pak Bari
Kemudian, selepas dah kenyang kami check in di Green Host Hotel. Hotel ni pun ada dalam Cerita AADC 2. Nice sangat hotel ni, selesa + service tip top. Hotel ni include sekali dalam pakej kami. Kalau nak book sendiri hotel ni 680k rp per night bilik untuk 2 orang include breakfast.

Green Host Hotel
 Selepas check in kami keluar semula untuk jalan-jalan ke Malioboro. Malioboro ni macam 1 street yang ada jual ole-ole yang murah macam t-shirt, fridge magnet, keychain dan lain-lain. Untuk Malioboro ni aku tak de gambar sebab seronok sangat shopping. Lol!
kat Malioboro ni korang boleh juga naik kuda untuk jalan-jalan sekitar situ. i'm not so sure berapa harga dia sebab time kami sampai tu dah malam sangat. Kedai-kedai kat situ tutup dalam pukul 11/12 gitu.

Selepas itu, mas cholis bawa kami jalan-jalan pusing bandar Jogja. Jogja ni malam dia hidup, tak lah sunyi sepi macam Makassar tapi tak lah meriah macam New York. Kira macam tak de lah krik-krik sangat. Dekat bandar Jogja ni ada satu tempat ni antara 2 pokok Beringin. Aku lupa nama tempat dia, sorry my bad. Tapi kalau mengikut sumber google nama tempat tu ialah Alun-Alun Kidul. Kat tempat yang aku lupa nama dia ni ada macam kereta berhias dan berlampu-lampu, boleh lah nak naik and tempat tu memang port untuk lepak-lepak waktu malam.

Antara 2 beringin
Kemudian, setelah selesai berjalan-jalan kami pulang ke hotel untuk berehat.
Pada keesokan harinya kami bangun seawal jam 3:30 pagi utnuk bergerak ke Punthuk Setumbu untuk tengok sunrise. Tempat ni sangat cantik tapi dinasihatkan supaya buat fitness sebelum pergi situ. Yelah nak tengok sunrise kan, mestilah atas bukit so macam ada kena hiking sikit. Penat tapi don't worry, worth it. Fees untuk masuk Bukit Rhema nama lain punthuk setumbu ni 15k rp untuk foreigner and 10k rp untuk local or pemegang KITAS. So, untuk student yang belajar di Indonesia please bawa copy kitas korang yaa.

punthuk setumbu
sunrise
gereja ayam
Selepas itu,kami ke Candi Borobudur berdekatan dengan Punthuk Setumbu. Candi ini dulunya merupakan antara 7 benda ajaib dunia tapi kini tidak lagi kerana terdapat sedikit kerosakan pada candi ni ketika berlaku gempa dan letusan gunung merapi pada tahun 2010. Candi ni serious besar and aku sangat teruja. Lol. Nak naik candi ni pun korang kena fit sebab kena naik tangga untuk sampai atas. Time aku sampai dekat Borobudur ni dah tengah hari so panas sangat-sangat tapi korang jangan risau sebab kat situ ada orang sewakan payung and ada jual topi. Tapi aku sarankan kalau ada peniaga yang duk offer topi dengan harga atas 35k korang jangan beli sebab sangatlah mahal. Sewa payung tu dalam 10k tapi ni dah include dalam pakej .
Fees untuk masuk candi-candi ni ada macam-macam. Kalau untuk candi Borobudur sahaja 325k rp untuk foreigner and 40k untuk local dan pemegang KITAS.
Mahal sikit lah untuk foreigner and kalau korang nak masuk candi-candi lain + sunset or sunrise harga dia lagi mahal. Korang boleh tengok kat website ni untuk tau harga yang lain-lain: Borobudur entrance fees

Borobudur Temple
Kemudian selepas makan tengah hari di Borobudur kami meneruskan perjalanan ke Gunung Merapi. Yes, gunung yang meletus dulu tu. Untuk ke gunung Merapi haruslah menaiki jeep. Menurut sumber google lagi, 1 jeep dalam 350k untuk 4 orang tapi sewa jeep ini termasuk dalam pakej kami. Kami dapat melihat perkampungan merapi yang hancur akibat dari letusan gunung tersebut. Malangnya nasib kami kurang baik kerana cuaca agak berawan dan puncak merapi tak berapa nak kelihatan.




Petangnya kami ke Tebing Breksi. Tempat ni merupakan Tembok batu yang sangat tinggi. Dari atas tebing ini menampakkan sebahagian dari bandar Jogja. Disini kalian boleh ambik gambar dengan burung hantu. Harga untuk gambar terserah nak bagi berapa. 
Tebing Breksi

Burung Hantu

Seterusnya, kami makan malam di Warung Bakmi Jowo. Not bad, sedap je. Aku makan mi rebus dia 2 mangkuk sebab lapar sangat. Lol! Setelah makan malam kami pulang ke hotel.

Muka Barai. Lol

Pada keesokan harinya selepas sarapan pagi kami checkout dari hotel dan meneruskan perjalanan ke water castle. Tempat ini dipanggil water castle kerana terdapat kolam besar di tengah-tengah istana. Tempat ni cantik tapi time kami datang kerja-kerja pembersihan kolam sedang dijalankan so tak berapa nak cantiklah. Lol. 


Kemudian, kami ke Bakery yang menjual kuih tradisional Jogja iaitu bakpia. Ada macam-macam perisa, antaranya kacang hijau, keju dan coklat. Bagi aku perisa yang paling sedap ialah kacang hijau sebab rasa macam bubur kacang.

bakpia

Seterusnya kami melanjutkan perjalanan ke Pantai Parangtritis. Di pantai tersebut kami menaiki kereta kuda dan motor tayar 4(apa tah nama dia). Aku tak sure pantai ni boleh mandi ke tak, tapi aku tengok ada je yang mandi kat tepi pantai tu. Ombak dekat pantai ni sangatlah menakutkan sebab besar sangat. Lol. Untuk naik kereta kuda ni dia charge 100k rp untuk round sampai hujung pantai tu,kalau charge untuk motor tu dlm 50k rp.

kereta kuda

motor 4 roda

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Hutan Pinus Mangunan. Kat sini korang boleh tengok pokok pine macam kat overseas. Hahaha. And dekat sebelah atasnya macam ada taman bunga. Sangat cantik. Actually kalau banyak masa pine forest ni cantik pada waktu malam so kalau korang banyak masa boleh pergi waktu malam.


Taman Bunga

Hutan Pinus

Last but no least, kami pergi ke Candi Ijo/Hijau. Candi tu tak hijau pun, nama dia hijau sebab dia kat atas bukit hijau. Haha. Kat sini kami berpeluang tengok sunset sebelum berangkat pulang.

Candi Ijo
sunset

Selepas makan malam kami bergerak menuju ke airport untuk pulang ke Makassar. Flight kami pada asalnya jam 8:30 malam delay lagi sampai jam 11 malam WIB dan kami tiba di Makassar pada jam 2 pagi WITA.

Yang banyak masa kat Jogja, Aku sarankan korang pergi Pantai Timang. Tempat ni sangat cantik and korang berpeluang untuk naik godola ke sebuah pulau. Perjalanan ke pantai Timang mengambil masa 3 jam dan kami tak sempat pergi hari tu.

And the rest is history. I really enjoy this trip. Sorry tak mampu nak cerita semua benda and anything you want to ask please comment down below. For those yang nak ke Jogja, ni contact number agen kita orang and boleh deal itinerary dengan beliau. 

Enjoy Your Holiday
So, itulah serba sedikit cerita vacation aku ke Jogjakarta. Hope you guys enjoy baca. Keyboard off:)

Saturday 10 March 2018

Post Repro Vacation: Toraja, Sulawesi Selatan

Assalamualaikum and Hye readers!!

Hari ini aku nak cerita mengenai short vacation aku dan kawan-kawan ke Toraja, Sulawesi Selatan.

Ceritanya trip kali ni memang last minute plan sebab time awal-awal sem, masing-masing acah-acah tak nak jalan mana-mana sebab habis blok repro tu elaun tak masuk lagi. Huhuhu.

Blok repro tersangat-sangatlah padat dan terlalu banyak topic nak kena cover dalam 1 bulan. So dalam sebulan tu boleh kira dengan jari je berapa kali kami keluar untuk melagha. So, bila dah sebulan tak keluar, habis je final repro masing-masing sibuklah nak lepas gian and nak keluar. Apa yang membuatkan rasa nak berjalan tu bertambah-tambah bila tengok classmate lelaki ada yang pergi Bali.

Nak dijadikan cerita petang lepas habis exam tu tercetuslah idea untuk pergi Toraja. Malam tu (khamis malam jumaat) kami pun buat meeting untuk plan trip tu. *meeting konon. Lol.
Malam tu jugak cari  kereta sewa dengan supir (driver) and book hotel.

Trip kali ni "The babies" pergi tanpa zana and kami bawa Insyirah sebagai pengganti. So kami pergi 6 orang. Kami bertolak dari Makassar pada pukul 6:30 pagi sabtu naik kereta Avanza. Perjalanan ke Toraja mengambil masa 8-10 jam. Perjalanan tersangatlah jauh dan memenatkan. Kami berhenti makan tengah hari di Kota Parepare. Nama kedai tu Goyang Lidah. Sampai-sampai je kedai tu, mereka terus hidang and kita orang clueless, 'what's going on? kita belum order lagi.'. Kami dihidangkan dengan nasi putih + ayam goreng + macam gulai nangka *aku tak tau orang sana panggil apa*. Makanan sedap, kedai bersih (10x bersih dari Makassar) dan murah. Kami makan bertujuh termasuk bapak supir mereka caj 124 000 rp.
Aku suka Kota Parepare ni sebab jauh lagi bersih dari Makassar dan tak sesibuk Makassar. Tenang je kat situ.

Kota Parepare
Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Toraja. Berhenti di Sidrap untuk bapak supir tu solat jumaat dan sambung kembali perjalanan kami yang masih jauh.

On our way to Toraja, kami singgah di Gunung Nona, Enrekang untuk ambik gambar. Kenapa gunung nona? Aku malas nak cerita, korang boleh baca sendiri sejarah dia dekat link ni :Sejarah Gunung Nona . Pemandangan dekat gunung ni tersangatlah cantik.
Gunung Nona

 Perjalanan diteruskan selama 3 jam untuk sampai ke Toraja. Kami sampai di Tana Toraja pada jam 16:30.

Tana Toraja
Hotel kami terletak di Toraja Utara tidak jauh dari Tana toraja. Kami menginap di Hotel Misiliana, Toraja Utara. Hotel ini merupakan antara hotel tertua kat Toraja. Nice hotel dengan lanskap yang cantik dan terdapat rumah tradisional Toraja untuk ambik gambar. Untuk tau lebih lanjut mengenai hotel ni boleh terus bukak website dia dekat link ni: Misiliana Hotel .
Misiliana hotel
Malamnya kami hanya berehat di bilik kerana Toraja bukanlah tempat yang malamnya hidup macam KL kecuali sewaktu ada festival-festival tertentu.

Pada keesokan harinya, kami check out pada jam 8:00 pagi dan terus melawat ke beberapa tempat menarik di Toraja. Plan asal kami hendak melihat negeri atas awan di Toraja tapi apakan daya,nasib tak menyebelahi kami kerana cuaca yang tak mengizinkan dan kami dinasihatkan untuk tidak mendaki bukit tersebut pada pagi tu. So, kalau korang nak tau macam mana negeri atas awan tu, ni ada gambar yang aku ambik dari Ig Visit SulSel.
Negeri Diatas Awan
So, sebab tak dapat pergi negeri atas awan tu, kami pun melawat Kete' kesu. Dekat sini terdapat rumah-rumah simbolik Toraja macam ala-ala rumah minang. Menurut apa yang bapak supir tu cakap rumah-rumah ni penduduk Toraja gunakan untuk menyimpan hasil tuaian padi mereka dan rumah ini merupakan simbol kekayaan sesebuah keluarga, makin besar rumah tu, makin kayalah keluarga tersebut. Hal ini kerana kos yang diperlukan untuk membuat rumah tersebut mahal. 

Rumah Tradisonal Toraja
 Yang gambar kat bawah ni pula adalah tempat simpan mayat golongan bangsawan Toraja.
Kete' Kesu
Pemandangan dihadapan Kete' kesu ini cantik dengan kehijauan sawa padi yang terbentang luas.


Seterusnya, kami ke Objek Wisata Londa yang terletak berdekatan Kate' Kesu. Di sini kami berpeluang masuk kedalam gua dimana mayat-mayat sebagian penduduk Toraja disemadikan. Sememangnya menjadi adat penduduk Toraja untuk meletakkan mayat di celah-celah batu didalam gua. Semakin kaya seseorang itu,semakin tinggi diatas gua mayatnya diletakkan. 'Tak takut ke pergi situ?'. Takutlah for sure, consider kubur kot tempat tu. Tapi untuk masuk dalam gua tu ada orang sana yang guide so macam tak takut sangatlah.


Replika patung-patung mayat

Gambar kami dalam gua tersebut
Akhir sekali, kami melawat ke Buntu Burake. Disini terdapat patung Jesus yang tertinggi dekat Asia katanya. Motif kami melawat tempat ni bukan nak pergi tengok jesus ye kawan-kawan tp untuk melihat seluruh toraja dari atas bukit tersebut. SubhanAllah, sangat cantik. 

Buntu Burake

Toraja dari puncak Buntu Burake

Ni patung Jesus yang aku cakap tadi
Kenapa ada patung Jesus besar ni? Nah, sebab kat Toraja ni ramai penganut agama Kristian dan makanan halal susah untuk dicari. Tersalah kedai, termakanlah bakso babi.

Sebelum pulang kami singgah makan tengah hari di Tana Toraja berhampiran dengan Buntu Burake. Terdapat Restaurant halal disitu tapi aku tak ingat nama kedainya. Kebanyakan restaurant halal di Toraja terletak berhampiran atau bersebelahan dengan masjid so tak lah susah sangat pun nak cari makan.

Pada pukul 2 petang kami berangkat pulang ke makassar dan tiba di makassar pada jam 10:30 malam. Ni gambar kami dengan bapak supir kami, pak mustafa.


This last minute-planned vacation hanya memakan belanja kurang dari 1 juta rp/person. Murah dan secara keseluruhannya sangat berpuas hati. 

So, itu sahaja untuk trip kali ni. Hope you guys enjoy reading this entry. Bye-bye. Till the next entry. Keyboard off:)




Thursday 13 July 2017

Pros And Cons Medic Unhas

Assamulaikum and  hye readers!!

Hari ni aku nak buat entry tentang UNHAS khusus buat adik-adik yang dipanggil untuk menghadiri temuduga UNHAS pada 17/07 nanti.
Oh ya, sebelum terlupa aku minta maaf sangat-sangat sebab tak reply or lambat reply pertanyaan korang kat comment untuk previous post. Lambat reply sebab aku buzy, tak reply sebab aku tak ada jawapan untuk pertanyaan korang. Hurm, i'm so sorry. My bad.

Okay, let's start. Untuk post kali ni aku nak cerita serba sikit pros and cons belajar kat unhas ni.

I think we should start with pros first. Yelah first impression is very important right? i'll share pros yang i nampak dalam tempoh setahun ni. Antara pros nya ialah time lab session especially for anatomy, semua pelajar dapat peluang untuk tengok dan pegang cadaver tu dengan tangan sendiri. So, kita boleh analisa, tengok every part of human body tu dengan jelas. For me lagi senang nak ingat kalau kita dah tengok cadaver tu sendiri.
Selain daripada itu, kalau kat unhas start second semester kita akan ada exam untuk clinical skill lab or kitaorang panggil OSCE ( objective structured clinical examination), i'm not so sure kalau medic kat malaysia OSCE ni start sem berapa. Time OSCE ni lah kita berpeluang untuk jumpa patients and buat clinical skill yang berkaitan. *Most of patients yang kita jumpa tu adalah lakonan semata-mata tp depends on your luck sebab ada jugak yang dapat real patients. For those yang dapat real patients tu macam untung lah sebab boleh tau keadaan sebenar.
Lepas itu, pros nya ambik medic kat Indonesia ni exam dia boleh dikatakan mudah sikit lah dari malaysia sebab semua soalan ialah soalan objective and no essay. For me dia macam mudah sikitlah tapi tak lah mudah sangat. Lol.
Then, unhas ni bagusnya kita akan nampak time clinical nanti lah sebab once korang masuk je clinical year korang dah macam doctor betul and korang bleh hands on patients so korang punya skill memang mantap.
Tu je kot kalau untuk akademik, aku rasalah. Sorry kalau ada yg tertinggal.
Next, mudahnya belajar kat indonesia ni compared to negara luar yang lain macam europe, middle east, us ialah masa lebih kurang sama dengan malaysia so tak payah susah-susah stay up untuk call parents and makanan halal senang nak dapat. Kalau macam aku dah setahun duduk overseas still skill masak tu tak lekat sebab makanan halal senang. *Aku cakap pasal makanan halal eh, bukan bab kebersihan. Tu nanti aku cerita kat cons. Lol.

Untuk cons pulak ada beberapa tp nasihat aku sebelum korang jejak kaki kat unhas better korang letak expectation yang paling teruk kat unhas supaya korang rasa bersyukur. Huhu.

Cons yang aku nampak sepanjang setahun ni ialah masalah bahasa. Bahasa penghantar ialah INDONESIA LATIN. Aku highlight siap-siap eh walaupun korang nanti akan ditempatkan dalam international class. For certain lectures yang baik and boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik mereka akan prepare slide korang dalam english and try explain dalam indonesia n english tp most of the lectures kurang fasih bertutur dalam english and nak tak nak korang kena adapt jugak dengan bahasa sana. For me this is the biggest problem sebab kita kat malaysia memang dah terbiasa dengan term english. Plus kalau balik malaysia pun kita still kena guna english jugak so dia macam kena belajar 2 kali. Time kat indonesia belajar bahasa sana in order to pass exam, then balik malaysia belajar english untuk survive, untuk dapat kerja kat sini. Tapi tak boleh jugak nak kata graduate indon tak bagus since ramai dah doc graduate indon yang berjaya. Depends kat orng yang menilai benda ni.
Next, unhas ni sistem dia macam out sikit. Lol. Kenapa aku cakap macam tu sebab semua benda kena buat manual even kitaorang punya tugasan pun kena tulis tangan. Lepas tu semua benda lambat and ikut suka hati diaorang je. Kalau kat malaysia jarang exam tangguh tp kat unhas macam normal je. Tangguh exam and bagitau last minute tu benda normal. Pastu tarikh cuti yang tak tetap pun satu hal jugak. Huhu.
Then, cons dia lagi medic kat unhas ni boleh mencecah 6 tahun (5 1/2 yrs + 1/2 yrs). Lama enn? Huhu.
Lepas itu, one word untuk describe kehidupan aku kat sana ialah susah. Mungkin bagi certain people tak ada lah susah mana but for me, aku susah kat sana. Makanan memang senang cari tp kebanyakannya kurang bersih. Kebersihan memang totally out. 2-3 minggu awl aku kat sana dulu lunch makan roti sebab tak selera nak makan kat kantin fakulti. Makanan bersih dan halal kat sana macam mahal sikit kalau nak compare ngan makanan kat malaysia.
Apa-apapun please expect the worst laahh kalau korang betul-betul nak persue med kat sana. Kuatkan mental dan fizikal. It's tough but for me it teach me how to be stronger.

Hurm, itulah serba sedikit pros and cons belajar kat unhas. Kalau nak cerita semua memang tak mampulah. Huhu. Dm me on instagram if there any question yang memerlukan jawapan segera sebab aku jarang check notification blog. Huhu.

For those yang nak pergi interview next week, i wish you all the best. Iv dia tak susah pun yang penting confident. May u guys jadi antara 20 yang terbaik and dapat sambung medic kat unhas.
Nasihat aku untuk yang dapat medic kat malaysia tu jangan gatal nak datang unhas, takut nanti menyesal. Huhu. *infonya intake international student tahun ni ialah 20 orng tp boleh jadi lebih dari tu so jgn give up lagi ye.

That's all for now, thank you for reading :)
Keyboard off.


Saturday 12 November 2016

Orentasi FK UNHAS

Hye readers,

Hari ni aku nak share story mengenai pengakaderan Fakultas Kedokteran UNHAS atau kat malaysia kita panggil orentasi, MDS, MHS and so on.

Tahap pengkaderan yang kami angkatan 2016 lalui ialah, MPPK iaitu Massa Pengenalan dan Pembinaan Kader. Pengkaderan nih ambik masa 5 minggu. It was so annoying sebab kacau weekend kami dan kuliah berjalan seperti biasa. Kalau kuliah berjalan seperti biasa maksudnya test, quiz, final exam, assignment semua tuh berjalan seperti biasa.

Nak di jadikan cerita, pengkaderan nih sebenarnya nightmare untuk aku and maybe untuk semua student FK especially student malaysia. Kenapa aku cakap macam tuh? Sebab dak malaysia mana biasa kena maki, kena herdik sepanjang hari. Almost sama prosesnya dengan ragging tapi nih ragging mental beb.

Untuk first week pengkaderan memang mencabarlah. Dia punya tugasan tuh banyak tahap dewa. Dah lah dapat tugasan tuh hari Jumaat petang and suruh submit hari sabtu pkul 6 pagi. Dengan barang-barang untuk buat tugasan tuh kena cari lagi. Lepas tu, on the same week jugak kami ada bakti sosial yang student malaysia anjurkan. Antara baksos dengan pengkaderan ofc lah kteorng pilih untuk pegi baksos. After bincang-bincang dengan senior dan ahli batch kteorng memang nekad nak pergi baksos. Tapi still semua tugasan pengkaderan tuh kteorng kne siap kan.

So kita orang 1 batch kumpul kat aula (macam musolla) untuk sama-sama siapkan tugasan tuh. Cer teka kita orang tidur pukul berapa. Hohoho.

Tak tidur lansung 1 malam. Esoknya pergi baksos 1 batch mata macam panda. Hahaha.

Untuk second week pulak, kami ada program malaysia peduli, so ada 1 Materi (slot) kami escape. Bersyukur sangat2, at least kurang sikit tempoh kena maki. Dan untuk minggu-minggu seterusnya, kami 1 batch hadapinya dengan tabah.

Mesti korang tertanya-tanya kan, dyeorang suruh buat apa je sampai aku cakap pengkaderan tuh benda bodoh.

Time pengkaderan nih kami kena tulis essay pasal tajuk yang telah diberikan dari hujung kiri atas kertas sampai hujung kanan bawah, tak boleh ada ruang kosong pun. Kalau 1 tajuk tuh boleh tahan lagi, ini 4 beb termasuk tugas agama. Penat gila tulis panjang-panjang gitu. Tugasan nih tak berhenti lepas ko submit je. Nanti ada lah keluar list status essay korang tuh, kalau tuntas (accept) Alhamdulillah, tapi kalau kalasi (buat kerja sambil lewa) or kne pantul (reject) memang mintak carut lah cerita nya sebab ko akan kena tugasan tambahan.

Lepas tu, time hari sabtu, kita orng kena dengar talk and in between 1 slot dengan slot lain tuh kena marah and maki dengan  OC (organising comittee). Tuh baru cakap pasal kena marah, belum kena denda angkat tangan lama dan minum scott emulsion yang original. Jujurlah, first time kena marah tuh aku nangis jugak lah untuk cari kekuatan yng hilang. Lol. Tapi lepas tu dah tak kesah dah dyeorg ni nak marah apa. Jangan layan orang gila kalau kau tak nak jadi gila so abaikan je OC tuh. Please note that Talk semua nih dia buat dekat dewan tertutup yang sangat panas, so kena tahan je lah.

Pastu ada lagi denda yang memang semua orang tak suka dan mungkin tak lupa ialah mandi air scott. Sumpah busuk. Hanyir sangat- sangat weyh. Lepas dah berhanyir-hanyir tuh dyeorng sruh ko dengar talk. Ini memang annoying.

Itulah serba sikit cerita pengkaderan FK yang menguji tahap kesabaran, keimanan dan kekuatan kami. Kalau nak tengok dari sudut positifnya, pengkaderan nih ajar ko untuk bekerjasama antara batch. Biar sama-sama susah, sama-sama senang tanpa kira asal usul. Pengkaderan jugak ajar ko untuk kuat hadapi setiap ujian yang datang dan prepare mental ko as future doctors. So itulah serba sikit kebaikan yang aku nampak and the rest is history.

Sekarang MPPK pun dan melabuhkan tirainya, Alhamdulillah.

Ni ada sikit gambar selebet kita orang time pengkaderan.

Fakultas Kedokteran Angkatan 2016




Girls squad








Minggu Last MPPK




Thank you for reading. xoxo.

Friday 2 September 2016

Degree's Life

Yuhuuu!!!!

Fuh, Fuh..... *Bersihkan habuk.

Hi readers,

First of all, sorry for not updating any story lately. Last time post pun dah dekat setahun. Buzy katanya.

So far Alhamdulillah, officially graduated from my foundation studies on April this year dengan jayanya.

Then, mereput kat rumah dari bulan 4 sampai akhir bulan 8. Lifeless kan?

How's my degree life?

Boleh tak kalau aku kata miserable? *Muka stress.

Ok, meh sini nak cerita.

Sebabkan result asasi aku tak berapa nak flying colors, upu tawarankan aku electrical engineering kat UPM. Sedih? OFC lah aku sedih sebab aku nak sangat ambik medic. Wahaha.

Tapi selepas seminggu dari keputusan upu keluar, Alhamdulillah aku ditawarkan oleh pihak UiTM untuk melanjutkan pelajaran kat Hasanuddin University, Makassar Indonesia (UNHAS) bawah program dana kecemerlangan perubatan UiTM untuk buat medic.

Time tuh teragak agak jugak nak terima, yelah kalau boleh memang nak buat MBBS kat Malaysia je. *Tak nak jauh ngan family!!!!

Jauh? Sebelah Malaysia jugak. Burung tuh terbang nya kat atas tapi rezeki kat bawah, hidup je. Semua tuh dengan ketetapan Dia.

Setelah difikir-fikir dan mohon petujuk dari Dia, here i'm! I'm in Makassar.

Not bad lah medic kat sini, tipu lah kalau aku cakap tak tough. Dah namanya pun medic, kat mana-manapun tetap tough.

Kat sini apa yang susahnya ialah kami medical students kena belajar pakai bahasa Indonesia dan medical term menggunakan term latin.

This is super miserable!!!

Jujurnya, awal-awal masuk kelas tuh nangis jugak lah aku. Rasa macam orang bodoh sebab tak faham sepatah pun. Hohoho.

Sekarang Alhamdulillah, sikit-sikit dah boleh adapt dengan bahasa dan sistem pembelajaran kat sini.

Apa yang best nya pulak kat UNHAS ni, awal-awal sem lagi dah tengok cadaver. Dia macam bagi pendedahan awal gituu.

Apa-apapun wish me luck yeah untuk tempoh 5 tahun setengah nih. May Allah ease. Amiin.

 From Makassar with love,
          Izzati Azrin




Wednesday 23 September 2015

Buka Mata + Buka Hati

Hye readers,

Hari ini merupakan hari terakhir kuliah aku untuk sem 1 program asasi sains batch 15/16. So officially minggu depan final exam akan bermula. Wish me luck k.:)

Pagi tadi seperti biasa, aku kuatkan hati, ikhlaskan niat untuk attend kelas terakhir aku kat palam walaupun dalam keadaan ramai yang dah habis kelas and ada yang dah sampai rumah dah pun. Esok Raya kan, sure lah ramai yang balik tapi aku masih di palam untuk attend kelas Physics, Chemistry and CTU. Seriously pagi tadi berat sangat hati ni nak pegi kelas. Huhuhu.

Nak dijadikan cerita, sebelum berakhirnya kelas tutorial Physics kami pelajar G6 ditakdirkan untuk mendengar teguran dan nasihat seorang lecturer untuk kami yang baru nak kenal dunia nih. So let me share.

Pada awalnya Madam Akmar nasihatkan kami semua decide course apa yang kami nak sambung untuk degree nanti dari sekarang and aim for the scholarship tapi madam cakap if lah tak dapat course yang kita apply, (*nauzubillah) redha and do our best on that course given. Anggap je yang pasti ada hikmah kenapa Allah bagi kita bidang itu untuk kita further study.

Then, teguran beliau untuk kami as a student, yang bagi aku memang sangat deep ialah mengenai MANNERS atau ADAB. Adab dengan lecturer and adab dengan orang yang lebih tua. Madam cakap students nowadays makin lama makin pandai tapi makin lama makin kurang adab dan nilai budi bahasanya kepada guru dan orang yang lebih tua. Apa yang paling terkesan kat hati aku nih bila Madam cakap most of student yang kurang beradab nih dalam golongan orang yang pakai tudung especially tudung labuh, pakai jubah, handsocks dan yang paling menyedihkan mereka kebanyakkannya terdiri daripada pelajar berlatar belakangkan sekolah agama dan meraka kebanyakkannya perempuan.

Wooo, seriously deep . Sangat terkesan kat hati nih. Malu sebab akupun berlatar belakangkan sekolah agama. Malu sebab jadi fitnah kepada agama sendiri. Dan malu sebab akupun perempuan jugak. Akupun tak terlepas dari buat kesalahan yang sama.

So, wahai hawa jom kita sama-sama take note, ambik pengajaran yang baik dan tinggalkan yang buruk. Buka mata, buka hati kita untuk terima teguran orang, muhasabah balik. Memang, aku akui kita tak sempurna dan selalu buat perkara yang kurang beradab dek kerana dua benda yang telah sebati amat sukar untuk dileraikan tapi tak salah jugak untuk kita betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.

Actually dari kecik lagi kita telah didik untuk hormat orang tua especially guru-guru or lecturer sebab mereka nih dah bagi kita ilmu untuk kita jadi orang yang berguna kelak tp kemana hilangnya nilai adab kita selama nih? Tepuk dada, Tanya iman. Bila berurusan dengan lecturer, guna proper words and formal languages. Biarlah Nampak skema pun, as long as kita hormat meraka sudahlah. Ingat barakah tu pun penting juga untuk kejayaan kita.

Girls, please,,, biarlah kita nih pelajar biasa-biasa je tapi adab dengan lecturer tuh kita jaga supaya barakah ilmu tu kita dapat.  Control our voice, think before we speak. Jangan sampai apa yang keluar dari mulut kita buat orang terasa dan jadi hijab untuk kita kekalkan kecemerlangan kita.

Moga kita sama-sama dapat berubah dan terus istiqamah. Amiinn.

That's all untuk post kali ni. Sorry sebab membebel panjang. Pen off:)



Sunday 6 September 2015

5 Week To Go

Hye readers,

Lama dah aku abaikan blog nih dek kerana kesibukan sebagai seorang mahasiswi. Ceh! Ayat nak gempak je. Haha.

Ok, pejam celik pejam celik, minggu ke-11 telah pun melabuhkan tirainya. Dah masuk minggu ke-12 aku di UiTM Puncak Alam.

Kejap je dah nak habis 1 sem untuk asasi. Almaklumlah, kami student asasi hanya belajar dalam tempoh 14 minggu untuk 1 semester.

So, lagi 5 minggu cuti sem!! Haha. Semangat nak cuti je lebih aku nih. Tak sedar yang lagi 2 minggu final exam. Hahaha. Cuak der. Tipu kalau aku cakap aku lek je. Aku nih tak de lah pandai mana untuk rilex-rilex je.

How's test 1? Huaaaaaaaaaaaaa.......... Sedih, kecewa, down, semua ada. Tapi aku bersyukur jugak lah dengan apa yang aku dah buat. Dah banyak tuh je usaha aku, memang banyak tuh je lah yang aku dapat.

Kenapa aku down? Sebab sepanjang tempoh 5 tahun jadi pelajar SBP aku tak pernah dapat markah seteruk itu. Kahkahkah. Terkejut weyh. Walaupun aku kat SMAP tak de lah bijak manakan. Haha. Result kali ni buat aku rasa macam tak belajar. Huhu.

Abaikanlah cerita result aku yang super horrible tuh. Haha. Yang pastinya aku nak cakap life sebagai pelajar asasi nih bukan lahh mudah macam apa yang orng sangkakan. Lebih kurang je life nya dengan student matriculation. Super duper terrible. Yelah, korang prepare untuk degree bukan diploma, itu yang susah.

Ditambah pulak susahnya bila kat uni dah tak ada cikgu yang boleh guide korang satu-satu macam zaman sekolah. Kat uni, pandai-pandai lahh korang nak survive. Serious talk aku pun mengeluh kot.

Sampai kadang-kadang rasa nak give up, tapi ni pun pilihan aku sendiri so aku try untuk teros bertahan sampai sekarang.

Bila down, aku fikir yang aku masih ada Allah untuk doa dan bergantung harap walaupun banyak kali jugak lah tewas dengan emosi sendiri, yelah, aku kan kuat nangis. Haha. Alhamdulillah jugak masih ada ibu bapa untuk mengadu dan mintak pendapat. Tak lupa jugak dekat kawan aku kat bumi Sarawak yang selalu bagi nasihat time aku down. Kawan-kawan kat PALAM pun gitu jugak lahh, sama-sama bagi nasihat untuk kami sama-sama kekalkan kejayaan kami.

Apa-apapun aku ingat pesan ibu ayah aku yang masih terlalu awal untuk aku berputus asa. Moga aku dan semua student asasi diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan kami kat PALAM nih. Amiinn.

Hmm, rasanya sampai sini jelah bebelan aku untuk hari nih. Next time kalau free aku update lagi. Haha. Ok, pen off.