Hari ini merupakan hari terakhir kuliah aku untuk sem 1 program asasi sains batch 15/16. So officially minggu depan final exam akan bermula. Wish me luck k.:)
Pagi tadi seperti biasa, aku kuatkan hati, ikhlaskan niat untuk attend kelas terakhir aku kat palam walaupun dalam keadaan ramai yang dah habis kelas and ada yang dah sampai rumah dah pun. Esok Raya kan, sure lah ramai yang balik tapi aku masih di palam untuk attend kelas Physics, Chemistry and CTU.
Nak dijadikan cerita, sebelum berakhirnya kelas tutorial Physics kami pelajar G6 ditakdirkan untuk mendengar teguran dan nasihat seorang lecturer untuk kami yang baru nak kenal dunia nih. So let me share.
Pada awalnya Madam Akmar nasihatkan kami semua decide course apa yang kami nak sambung untuk degree nanti dari sekarang and aim for the scholarship tapi madam cakap if lah tak dapat course yang kita apply, (*nauzubillah) redha and do our best on that course given. Anggap je yang pasti ada hikmah kenapa Allah bagi kita bidang itu untuk kita further study.
Then, teguran beliau untuk kami as a student, yang bagi aku memang sangat deep ialah mengenai MANNERS atau ADAB. Adab dengan lecturer and adab dengan orang yang lebih tua. Madam cakap students nowadays makin lama makin pandai tapi makin lama makin kurang adab dan nilai budi bahasanya kepada guru dan orang yang lebih tua. Apa yang paling terkesan kat hati aku nih bila Madam cakap most of student yang kurang beradab nih dalam golongan orang yang pakai tudung especially tudung labuh, pakai jubah, handsocks dan yang paling menyedihkan mereka kebanyakkannya terdiri daripada pelajar berlatar belakangkan sekolah agama dan meraka kebanyakkannya perempuan.
Wooo, seriously deep . Sangat terkesan kat hati nih. Malu sebab akupun berlatar belakangkan sekolah agama. Malu sebab jadi fitnah kepada agama sendiri. Dan malu sebab akupun perempuan jugak. Akupun tak terlepas dari buat kesalahan yang sama.
So, wahai hawa jom kita sama-sama take note, ambik pengajaran yang baik dan tinggalkan yang buruk. Buka mata, buka hati kita untuk terima teguran orang, muhasabah balik. Memang, aku akui kita tak sempurna dan selalu buat perkara yang kurang beradab dek kerana dua benda yang telah sebati amat sukar untuk dileraikan tapi tak salah jugak untuk kita betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.
Actually dari kecik lagi kita telah didik untuk hormat orang tua especially guru-guru or lecturer sebab mereka nih dah bagi kita ilmu untuk kita jadi orang yang berguna kelak tp kemana hilangnya nilai adab kita selama nih? Tepuk dada, Tanya iman. Bila berurusan dengan lecturer, guna proper words and formal languages. Biarlah Nampak skema pun, as long as kita hormat meraka sudahlah. Ingat barakah tu pun penting juga untuk kejayaan kita.
Girls, please,,, biarlah kita nih pelajar biasa-biasa je tapi adab dengan lecturer tuh kita jaga supaya barakah ilmu tu kita dapat. Control our voice, think before we speak. Jangan sampai apa yang keluar dari mulut kita buat orang terasa dan jadi hijab untuk kita kekalkan kecemerlangan kita.
Moga kita sama-sama dapat berubah dan terus istiqamah. Amiinn.
That's all untuk post kali ni. Sorry sebab membebel panjang. Pen off:)
No comments:
Post a Comment