Saturday, 10 March 2018

Post Repro Vacation: Toraja, Sulawesi Selatan

Assalamualaikum and Hye readers!!

Hari ini aku nak cerita mengenai short vacation aku dan kawan-kawan ke Toraja, Sulawesi Selatan.

Ceritanya trip kali ni memang last minute plan sebab time awal-awal sem, masing-masing acah-acah tak nak jalan mana-mana sebab habis blok repro tu elaun tak masuk lagi. Huhuhu.

Blok repro tersangat-sangatlah padat dan terlalu banyak topic nak kena cover dalam 1 bulan. So dalam sebulan tu boleh kira dengan jari je berapa kali kami keluar untuk melagha. So, bila dah sebulan tak keluar, habis je final repro masing-masing sibuklah nak lepas gian and nak keluar. Apa yang membuatkan rasa nak berjalan tu bertambah-tambah bila tengok classmate lelaki ada yang pergi Bali.

Nak dijadikan cerita petang lepas habis exam tu tercetuslah idea untuk pergi Toraja. Malam tu (khamis malam jumaat) kami pun buat meeting untuk plan trip tu. *meeting konon. Lol.
Malam tu jugak cari  kereta sewa dengan supir (driver) and book hotel.

Trip kali ni "The babies" pergi tanpa zana and kami bawa Insyirah sebagai pengganti. So kami pergi 6 orang. Kami bertolak dari Makassar pada pukul 6:30 pagi sabtu naik kereta Avanza. Perjalanan ke Toraja mengambil masa 8-10 jam. Perjalanan tersangatlah jauh dan memenatkan. Kami berhenti makan tengah hari di Kota Parepare. Nama kedai tu Goyang Lidah. Sampai-sampai je kedai tu, mereka terus hidang and kita orang clueless, 'what's going on? kita belum order lagi.'. Kami dihidangkan dengan nasi putih + ayam goreng + macam gulai nangka *aku tak tau orang sana panggil apa*. Makanan sedap, kedai bersih (10x bersih dari Makassar) dan murah. Kami makan bertujuh termasuk bapak supir mereka caj 124 000 rp.
Aku suka Kota Parepare ni sebab jauh lagi bersih dari Makassar dan tak sesibuk Makassar. Tenang je kat situ.

Kota Parepare
Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Toraja. Berhenti di Sidrap untuk bapak supir tu solat jumaat dan sambung kembali perjalanan kami yang masih jauh.

On our way to Toraja, kami singgah di Gunung Nona, Enrekang untuk ambik gambar. Kenapa gunung nona? Aku malas nak cerita, korang boleh baca sendiri sejarah dia dekat link ni :Sejarah Gunung Nona . Pemandangan dekat gunung ni tersangatlah cantik.
Gunung Nona

 Perjalanan diteruskan selama 3 jam untuk sampai ke Toraja. Kami sampai di Tana Toraja pada jam 16:30.

Tana Toraja
Hotel kami terletak di Toraja Utara tidak jauh dari Tana toraja. Kami menginap di Hotel Misiliana, Toraja Utara. Hotel ini merupakan antara hotel tertua kat Toraja. Nice hotel dengan lanskap yang cantik dan terdapat rumah tradisional Toraja untuk ambik gambar. Untuk tau lebih lanjut mengenai hotel ni boleh terus bukak website dia dekat link ni: Misiliana Hotel .
Misiliana hotel
Malamnya kami hanya berehat di bilik kerana Toraja bukanlah tempat yang malamnya hidup macam KL kecuali sewaktu ada festival-festival tertentu.

Pada keesokan harinya, kami check out pada jam 8:00 pagi dan terus melawat ke beberapa tempat menarik di Toraja. Plan asal kami hendak melihat negeri atas awan di Toraja tapi apakan daya,nasib tak menyebelahi kami kerana cuaca yang tak mengizinkan dan kami dinasihatkan untuk tidak mendaki bukit tersebut pada pagi tu. So, kalau korang nak tau macam mana negeri atas awan tu, ni ada gambar yang aku ambik dari Ig Visit SulSel.
Negeri Diatas Awan
So, sebab tak dapat pergi negeri atas awan tu, kami pun melawat Kete' kesu. Dekat sini terdapat rumah-rumah simbolik Toraja macam ala-ala rumah minang. Menurut apa yang bapak supir tu cakap rumah-rumah ni penduduk Toraja gunakan untuk menyimpan hasil tuaian padi mereka dan rumah ini merupakan simbol kekayaan sesebuah keluarga, makin besar rumah tu, makin kayalah keluarga tersebut. Hal ini kerana kos yang diperlukan untuk membuat rumah tersebut mahal. 

Rumah Tradisonal Toraja
 Yang gambar kat bawah ni pula adalah tempat simpan mayat golongan bangsawan Toraja.
Kete' Kesu
Pemandangan dihadapan Kete' kesu ini cantik dengan kehijauan sawa padi yang terbentang luas.


Seterusnya, kami ke Objek Wisata Londa yang terletak berdekatan Kate' Kesu. Di sini kami berpeluang masuk kedalam gua dimana mayat-mayat sebagian penduduk Toraja disemadikan. Sememangnya menjadi adat penduduk Toraja untuk meletakkan mayat di celah-celah batu didalam gua. Semakin kaya seseorang itu,semakin tinggi diatas gua mayatnya diletakkan. 'Tak takut ke pergi situ?'. Takutlah for sure, consider kubur kot tempat tu. Tapi untuk masuk dalam gua tu ada orang sana yang guide so macam tak takut sangatlah.


Replika patung-patung mayat

Gambar kami dalam gua tersebut
Akhir sekali, kami melawat ke Buntu Burake. Disini terdapat patung Jesus yang tertinggi dekat Asia katanya. Motif kami melawat tempat ni bukan nak pergi tengok jesus ye kawan-kawan tp untuk melihat seluruh toraja dari atas bukit tersebut. SubhanAllah, sangat cantik. 

Buntu Burake

Toraja dari puncak Buntu Burake

Ni patung Jesus yang aku cakap tadi
Kenapa ada patung Jesus besar ni? Nah, sebab kat Toraja ni ramai penganut agama Kristian dan makanan halal susah untuk dicari. Tersalah kedai, termakanlah bakso babi.

Sebelum pulang kami singgah makan tengah hari di Tana Toraja berhampiran dengan Buntu Burake. Terdapat Restaurant halal disitu tapi aku tak ingat nama kedainya. Kebanyakan restaurant halal di Toraja terletak berhampiran atau bersebelahan dengan masjid so tak lah susah sangat pun nak cari makan.

Pada pukul 2 petang kami berangkat pulang ke makassar dan tiba di makassar pada jam 10:30 malam. Ni gambar kami dengan bapak supir kami, pak mustafa.


This last minute-planned vacation hanya memakan belanja kurang dari 1 juta rp/person. Murah dan secara keseluruhannya sangat berpuas hati. 

So, itu sahaja untuk trip kali ni. Hope you guys enjoy reading this entry. Bye-bye. Till the next entry. Keyboard off:)




No comments:

Post a Comment