Assalamulaikum and Hye readers!!
Hari ini aku nak share tentang vacation aku dan kawan-kawan ke Jogjakarta, Indonesia. Again it was last minute planned vacation. Kita orang memang suka benda-benda last minute ni sebab bila plan awal-awal mesti tak jadi. Lol.
Cerita dia bermula macam ni, one week before final endocrine jadual exam di awalkan seminggu and kita orang ada baki seminggu sebelum masuk blok baru. So time to plan a vacation!!
'Asyik jalan je tak banyak duit habis ke?' Actually kalau tak jalan pun duit akan mengalir keluar macam air jugak sebab kitaorng akan spend untuk benda lain.
Mula-mula macam ragu-ragu jugak nak book tiket sebab banyak nak kena guna duit sem ni tapi bila dapat tahu yang hampir 1 batch pergi bercuti waktu cuti 5 hari tu kita orang nekad nak pergi bercuti jugak. So, aku and roommate aku nekad nak book tiket flight pergi Jogja, kalau 'the babies' yang lain tak nak pergi, kita orang nak pergi berdua. Lol.
Selepas bincang-bincang, yang confirm nak join trip kali ni kami berempat. Betul-betul seminggu sebelum pergi kita orang booking flight. Selepas buat perbandingan harga kami decide untuk ambik flight Makassar-Surabaya pada 5/4 pagi and ambik train ke Jogjakarta. Untuk flight balik kami ambik last flight dari Jogjakarta ke Makassar Sabtu malam (7/4). So dapatlah save budget sikit. Total flight tiket + train tiket 1.1 juta rp. Lepas tu, 3 days before fly kita orang baru sibuk-sibuk nak cari hotel and tempat-tempat nak pergi dekat Jogja nanti. Gamble terokss!
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan, kami jumpa agent dekat google yang tawarkan package 1.6 juta per orang untuk ground arrangement tak termasuk makan. So basically kami pergi bukanlah backpackers pun. Kami memang literally holiday.
Flight kami dari Makassar pada pukul 9:30 pagi WITA and sampai di Surabaya pada pukul 10:30 WIB.
(Untuk pengetahuan ialah WITA=waktu indonesia tengah sama dengan waktu M'sia dan WIB=waktu indonesia barat lambat 1 jam dari waktu M'sia.) Tapi malangnya flight kami delayed for almost 2 hours. Dah expect dah benda ni akan jadi tapi tak sangkalah delay sampai 2 jam. So kami sampai di Surabaya pada pukul 12:30 WIB and train kami pada pukul 1:20. Just imagine macam mana rushing nya kami waktu tu. Dari Surabaya airport ke Gubeng train station tu ambik masa dalam 40 minutes so sebenarnya memang kami dah lambatlah. Indonesia ni dimana mana je mesti jammed punyalah.
Again, Allah mudahkan urusan kami. Kami sampai dekat train station 6 minutes sebelum train jalan. Perjalanan ke Jogjakarta mengambil masa 6 jam. Aku suggest kalau korang memang nak sangat naik train better naik yang business class sebab yang ekonomi punya
macam KTM 20 tahun yang lepas. Bukan selesa macam ETS ye kawan-kawan.
Sampai di Jogjakarta lebih kurang pada pukul 8 malam dan diambil oleh supir yang telah diuruskan oleh agen yang kami jumpa dekat google tu. Nama supir tu mas cholis.
Kemudian kami terus pergi makan sebab lapar 1 hari tak makan. Malam tu kami makan satay Klathak dekat tempat Rangga dan Cinta dalam AADC 2 makan. Nama tempat tu Satay klathak Pak Bari. Bagi aku penggemar kambing aku rasa sangat sedap. Satay klathak ni sebenarnya satay kambing yang dimasak mengguna besi sebagai pengganti lidi. Kalau penduduk kat situ selalunya makan dengan nasi putih dan sup daging. Ada jugak disediakan nasi goreng kambing. Ada juga menu lain tapi aku tak berapa ingat and semua berasaskan kambinglah. Satay klathak tu pada aku murah jugaklah 20k rp untuk 2 cocok and persekitaran tempat pada aku okay je, typical Indonesia. Ni ada gambar kedai tu aku ambik dari google.
 |
Satay Klathak Pak Bari |
Kemudian, selepas dah kenyang kami check in di Green Host Hotel. Hotel ni pun ada dalam Cerita AADC 2. Nice sangat hotel ni, selesa + service tip top. Hotel ni include sekali dalam pakej kami. Kalau nak book sendiri hotel ni 680k rp per night bilik untuk 2 orang include breakfast.
 |
Green Host Hotel |
Selepas check in kami keluar semula untuk jalan-jalan ke Malioboro. Malioboro ni macam 1 street yang ada jual ole-ole yang murah macam t-shirt, fridge magnet, keychain dan lain-lain. Untuk Malioboro ni aku tak de gambar sebab seronok sangat shopping. Lol!
kat Malioboro ni korang boleh juga naik kuda untuk jalan-jalan sekitar situ. i'm not so sure berapa harga dia sebab time kami sampai tu dah malam sangat. Kedai-kedai kat situ tutup dalam pukul 11/12 gitu.
Selepas itu, mas cholis bawa kami jalan-jalan pusing bandar Jogja. Jogja ni malam dia hidup, tak lah sunyi sepi macam Makassar tapi tak lah meriah macam New York. Kira macam tak de lah krik-krik sangat. Dekat bandar Jogja ni ada satu tempat ni antara 2 pokok Beringin. Aku lupa nama tempat dia, sorry my bad. Tapi kalau mengikut sumber google nama tempat tu ialah Alun-Alun Kidul. Kat tempat yang aku lupa nama dia ni ada macam kereta berhias dan berlampu-lampu, boleh lah nak naik and tempat tu memang port untuk lepak-lepak waktu malam.
 |
Antara 2 beringin |
Kemudian, setelah selesai berjalan-jalan kami pulang ke hotel untuk berehat.
Pada keesokan harinya kami bangun seawal jam 3:30 pagi utnuk bergerak ke Punthuk Setumbu untuk tengok sunrise. Tempat ni sangat cantik tapi dinasihatkan supaya buat fitness sebelum pergi situ. Yelah nak tengok sunrise kan, mestilah atas bukit so macam ada kena hiking sikit. Penat tapi don't worry, worth it. Fees untuk masuk Bukit Rhema nama lain punthuk setumbu ni 15k rp untuk foreigner and 10k rp untuk local or pemegang KITAS. So, untuk student yang belajar di Indonesia please bawa copy kitas korang yaa.
 |
punthuk setumbu |
 |
sunrise |
 |
gereja ayam |
Selepas itu,kami ke Candi Borobudur berdekatan dengan Punthuk Setumbu. Candi ini dulunya merupakan antara 7 benda ajaib dunia tapi kini tidak lagi kerana terdapat sedikit kerosakan pada candi ni ketika berlaku gempa dan letusan gunung merapi pada tahun 2010. Candi ni serious besar and aku sangat teruja. Lol. Nak naik candi ni pun korang kena fit sebab kena naik tangga untuk sampai atas. Time aku sampai dekat Borobudur ni dah tengah hari so panas sangat-sangat tapi korang jangan risau sebab kat situ ada orang sewakan payung and ada jual topi. Tapi aku sarankan kalau ada peniaga yang duk offer topi dengan harga atas 35k korang jangan beli sebab sangatlah mahal. Sewa payung tu dalam 10k tapi ni dah include dalam pakej .
Fees untuk masuk candi-candi ni ada macam-macam. Kalau untuk candi Borobudur sahaja 325k rp untuk foreigner and 40k untuk local dan pemegang KITAS.
Mahal sikit lah untuk foreigner and kalau korang nak masuk candi-candi lain + sunset or sunrise harga dia lagi mahal. Korang boleh tengok kat website ni untuk tau harga yang lain-lain:
Borobudur entrance fees
 |
Borobudur Temple |
Kemudian selepas makan tengah hari di Borobudur kami meneruskan perjalanan ke Gunung Merapi. Yes, gunung yang meletus dulu tu. Untuk ke gunung Merapi haruslah menaiki jeep. Menurut sumber google lagi, 1 jeep dalam 350k untuk 4 orang tapi sewa jeep ini termasuk dalam pakej kami. Kami dapat melihat perkampungan merapi yang hancur akibat dari letusan gunung tersebut. Malangnya nasib kami kurang baik kerana cuaca agak berawan dan puncak merapi tak berapa nak kelihatan.
Petangnya kami ke Tebing Breksi. Tempat ni merupakan Tembok batu yang sangat tinggi. Dari atas tebing ini menampakkan sebahagian dari bandar Jogja. Disini kalian boleh ambik gambar dengan burung hantu. Harga untuk gambar terserah nak bagi berapa.
 |
Tebing Breksi |
 |
Burung Hantu |
Seterusnya, kami makan malam di Warung Bakmi Jowo. Not bad, sedap je. Aku makan mi rebus dia 2 mangkuk sebab lapar sangat. Lol! Setelah makan malam kami pulang ke hotel.
 |
Muka Barai. Lol |
Pada keesokan harinya selepas sarapan pagi kami checkout dari hotel dan meneruskan perjalanan ke water castle. Tempat ini dipanggil water castle kerana terdapat kolam besar di tengah-tengah istana. Tempat ni cantik tapi time kami datang kerja-kerja pembersihan kolam sedang dijalankan so tak berapa nak cantiklah. Lol.
Kemudian, kami ke Bakery yang menjual kuih tradisional Jogja iaitu bakpia. Ada macam-macam perisa, antaranya kacang hijau, keju dan coklat. Bagi aku perisa yang paling sedap ialah kacang hijau sebab rasa macam bubur kacang.
 |
bakpia |
Seterusnya kami melanjutkan perjalanan ke Pantai Parangtritis. Di pantai tersebut kami menaiki kereta kuda dan motor tayar 4(apa tah nama dia). Aku tak sure pantai ni boleh mandi ke tak, tapi aku tengok ada je yang mandi kat tepi pantai tu. Ombak dekat pantai ni sangatlah menakutkan sebab besar sangat. Lol. Untuk naik kereta kuda ni dia charge 100k rp untuk round sampai hujung pantai tu,kalau charge untuk motor tu dlm 50k rp.
 |
kereta kuda |
 |
motor 4 roda |
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Hutan Pinus Mangunan. Kat sini korang boleh tengok pokok pine macam kat overseas. Hahaha. And dekat sebelah atasnya macam ada taman bunga. Sangat cantik. Actually kalau banyak masa pine forest ni cantik pada waktu malam so kalau korang banyak masa boleh pergi waktu malam.
 |
Taman Bunga |
 |
Hutan Pinus |
Last but no least, kami pergi ke Candi Ijo/Hijau. Candi tu tak hijau pun, nama dia hijau sebab dia kat atas bukit hijau. Haha. Kat sini kami berpeluang tengok sunset sebelum berangkat pulang.
 |
Candi Ijo |
 |
sunset |
Selepas makan malam kami bergerak menuju ke airport untuk pulang ke Makassar. Flight kami pada asalnya jam 8:30 malam delay lagi sampai jam 11 malam WIB dan kami tiba di Makassar pada jam 2 pagi WITA.
Yang banyak masa kat Jogja, Aku sarankan korang pergi Pantai Timang. Tempat ni sangat cantik and korang berpeluang untuk naik godola ke sebuah pulau. Perjalanan ke pantai Timang mengambil masa 3 jam dan kami tak sempat pergi hari tu.
And the rest is history. I really enjoy this trip. Sorry tak mampu nak cerita semua benda and anything you want to ask please comment down below. For those yang nak ke Jogja, ni contact number agen kita orang and boleh deal itinerary dengan beliau.
 |
Enjoy Your Holiday |
So, itulah serba sedikit cerita vacation aku ke Jogjakarta. Hope you guys enjoy baca. Keyboard off:)