Hye readers,
Hmm, makin lama phone ni kat tangan, aku rasa macam makin bertambah pulak dosa ni. Sejujurnya, bila yang haram dah jadi budaya, benda tu seolah-olah dah tidak menjadi satu dosa dan semua orang macam bangga je bila buat dosa tu.
Mesti korang macam tak berapa nak faham apa yang aku nak sampaikan. Okay, meh sini aku straight to the point.
First sekali, benda yang dah jadi budaya dalam masyarakat kita ialah couple. Benda ni memang normal je untuk semua orang walaupun agama melarang untuk kita buat macam itu demi nak jaga maruah diri dan agama.
So kiranya bila ada orang yang tak couple tu dikata nya tak laku lah, kaku lah and what so ever. Haish, kenapa laa metaliti masyarakat jadi sempit macam ni sekali? Yeah, aku faham maybe sebab didikan agama yang kurang cukup tapi kenapa mesti judge or mengata benda bukan-bukan? Duduk diam jaga hal diri sendiri sudah laa. 'bukan menyibuk tapi ambik berat'. Haish, ko dah kenapa? Ambik berat hal tak sepatutunya? Hal orang tu hidup susah, tak de pulak ko nak tolong. Choi!! Fikir laa sebelum bertindak.
Second, pasal ihtilat. Aiyoo, ini lagi masalah besar. Tak semua orang faham. Ihtilat tu maksudnya apa? Cer google.
And, ber'sms' or ber'whatsapp' pun termasuk dalam ihtilat bila melibatkan berlainan jantina. Huh! Sentap! Ok, benda ni pun aku tak boleh nak elak. Susah weyh. Tapi benda dah tak boleh, nak atau tak, kita kena jugak elakkan. Btol tak? Mungkin boleh kurangkan? Lama-lama for sure boleh stop. Hmm, masalah timbul bila aku sendiri tak tau nak explain kat orang, sebab mungkin tak semua orng faham. Mujahadah itu perlu. Kekuatan dan sokongan pun perlu.
Bila cabaran macam ni datang baru laa aku rasa rindu sangat kat smapk. Hush!! Semua benda terjaga kot kat sana. Apa-apapun, kita kena cuba hidup dalam dunia realiti. Yang dah berlalu tetap dah jadi sejarah. Sekarang kena fikir untuk masa depan. So, kita ni hidup untuk memilih. Allah bagi kita peluang untuk pilih hala tuju kita. Hakikatnya, apa yang kita pilih tu la yang membawa kita ke syurga atau neraka. Jadi, buat laa pilihan yang terbaik.
Kalau susah untuk berubah secara drastik, berubah laa perlahan-lahan. Tapi still kena ingat bahawa niat tidak menghalalkan cara. Yang hak, tetap hak. Yang batil, tetap batil. Benda yang salah tetap salah, tak kesah laa walaupun 1 dunia buat benda tu. Kalau sentiasa berpegang pada Quran dan sunnah, in sha Allah kita akan sentiasa berada dalam landasan yang betul.
Moga bermanfaat...:-)
Pen off..
Alam berubah kerana manusia,
ReplyDeleteManusia berubah kerana manusia