Saturday, 30 August 2014

Countdown SPM 2014

Hye readers,

Alhamdulillah, akhirnya setelah 3 minggu bertungkus lumus tamat sudah peperiksaan percubaan SPM bagi pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia. Done with it.
So, kiranya SPM dah semakin menghampiri. Bahang SPM tu pun semakin terasa.Walaupun cuak nak SPM, aku enjoy je hadapi hari-hari terakhir kami di bumi SBP. Banyak sangat kenangan dalam tempoh 5 tahun bergelar SMAPKians, yang pahit, manis, masam, masin, kelat. Semua ada laa.
Setakat hari ini, masih berbaki 65 hari sebelum 3 November 2014 untuk menduduki SPM. Persediaan aku? Haha.(tak payah tanya lagi bagus).
Menurut apa yang Puan Hjh Junaidi, Fellow kanan SMAPK cakap pagi tadi, setiap usaha itu haruslah diselarikan dengan doa dan tawakal kepada Maha Pencipta. Benarlah seperti apa yang telah termaktub dalam Al-Quran bahawa kita merancang, Allah juga merancang, dan Dialah sebaik-baik perancang.Dia memberi apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Doa juga merupakan senjata Mu'min, so DOA merupakan supliment kepada segala usaha untuk capai flying colours untuk SPM ni.
Semoga kita semua beroleh keputusan yang cemerlang berserta akhlak yang terpuji. Amiinn...

 All the best batch '97. All the best Liberators. GPS 1.0 itu milik kita.
Pen off..:)

No comments:

Post a Comment